Masalah yang sering berlaku pada kereta Perodua Myvi
Bagi pemilik kereta Myvi, mungkin kita pernah menghadapi masalah masalah seperti ini..
Masalah:
- Brake Berbunyi seperti besi bergesel
- Bunyi ketuk ketika membrek (Brake)
- Bunyi ketuk-ketuk pada bahagian Engine ketika mula hendak bergerak
- Bunyi seperti bunyi ketuk ketika membelok
- Brake keras dan susah untuk berhenti
- Engine bergegar ketika start dan matikan enjin
- Lambat masuk Gear D
- Lampu OD panel menyala
- Minyak menitik dari bahagian Engine
- Bonet belakang tak boleh dibuka
- Bunyi nyaring pada bagaian Engine
- Lampu Bateri menyala
- Masalah Engin tak dapat dihidupkan
- Masalah Engine tak boleh Start
Masalah masalah seperti ini tidak hanya berlaku pada kereta Myvi tapi berlaku kepada kebanyakan kenderaan. Masalah ni akan tibul bila kita tidak buat servis pada masa yang telah ditetapkan dan sering bertangguh. setiap benda boleh rosak tetapi dengan servis yang baik dan berkala, ianya dapat memperlambatkan proses kerosakan tersebut.
Saya cuba kongsikan punca masalah-masalah ini terjadi. (Pengalaman sepanjang 10 Tahun menggunakan Myvi)
1. Brake Berbunyi seperti besi bergesel
Brake bunyi bergesel disebabkan oleh Brake pad yang telah haus. Paling senang nak tengok, brake pad dah nipis. Jika dibiarkan berlarutan, ianya akan merosakan disk brake.
2. Bunyi ketuk ketika membrek (Brake)
Bunyi ketuk-ketuk pada bahagian brake ketika membrake adalah disebabkan oleh Pin Caliper yang telah haus. Kadangkala berbunyi ketika melanggar lubang dijalan raya yang tidak rata. Pin ini boleh ditukar sendiri dengan mudah.
3. Bunyi ketuk-ketuk pada bahagian Engine ketika mula hendak bergerak
Bunyi ni sering berlaku disebab 2 perkara. Pertama, disebabkan oleh Engine Mounting yang telah rosak dan kedua disebabkan oleh screw pada bahagian compressor aircond yang tidak ketat atau hilang salah satu screw. jika hanya screw saja yang hilang boleh digantikan dengan yang baru tetapi kerjanya agak merumitkan, kena buka dan turunkan bumper bahagian depan.
4. Bunyi seperti bunyi ketuk ketika membelok
Ini disebabkan oleh malasalah Drive Shaft yang telah haus. Ini adalah berpunca dari faktor masa dan kedua dari faktor pemanduan yang agresif. Tukar driveshaft baru dan bunyi itu akan hilang.
5. Brake keras dan susah untuk berhentiIni adalah disebabkan oleh beberapa faktor. Selalunya berpunca dari Brake Pad dan Master Pump. Cuba tukar brake pad dulu, jika masalah masih berterusan, cuba buat flush pada minyak brake.
6. Engine bergegar ketika start dan matikan Engine.
Ini adalah berpunca dari Engine Mounting yang telah pecah. Disarankan untuk tukar kesemua 3 bahagian engine Mounting. Kedudukan engine Mounting bagi Perodua Myvi adalah di bahagian atas kanan engine, kedua di bahagian gear box (bawah pada Bateri) dan ketiga di bagaian bawah belakang antara engine dan gearbox.

7. Lambat masuk Gear D
Gear lambat masuk adalah berpunca dari kegagalan menukar minyak gear dan ATF Filter secara berkala. Masalah ini adalah bagi Myvi Auto sahaja. Cuba tukar minyak gear dan filter.
8. Lampu OD panel menyala

Masalah lampu OD pada panel menyala ada 2 punca. Pertama tertekan pada button OD pada gear knob dan kedua berpunca dari Minyak gear yang telah hitam dan perlu di ganti. Cuba tukar minyak gear dan filter.
9. Minyak menitik dari bahagian Engine
Kebanyakan minyak yang menitik keluar dari Engine adalah berpunca dari Oil Seal yang telah lama dan longgar dan ada yang berpunca dari gasket pada bahagian Oil sump atau oil pan. (Gasket Gam)
10. Bonet belakang tak boleh dibuka
Masalah seperti ini susah nak dijangka. Cuba buka bonet dari dalam dengan menekan tiang pada bahagian dalam bonet ke bawah. mungkin ada besi yang tertanggal atau mungkin motor rosak.
11. Bunyi nyaring pada bagaian Engine
Masalah ni biasa berlaku pada kebanyakan Engine, masalah Belting. Cuba periksa belting retak atau pecah, jika rosak ianya perlu di ganti dengan yang baru, jika dalam keadaan elok, cuba ketatkan belting tadi. Adjust belting dibahagian Alternator
12. Lampu Bateri menyala
Masalah lampu bateri menyala walaupun Engine telah dihidupkan adalah berpunca dari masalah Alternator. Cuba periksa jika ada wayar yang tertanggal atau pecah. Jika semua dalam keadaan baik dan lampu masih menyala, tukar altenator yang baru.
13. Masalah Engine tak dapat dihidupkan
banyak faktor yang menyebabkan engine tak adapat dihidupkan, bagi Engine Myvi langkah pertama ianya periksa Fuel Pump dahulu. Kerana ii adalah masalah yang sering terjadi selain dari kerosakan ECU.
14. Masalah Engine tak boleh Start
Masalah engine tak dapat dihidupkan dan masalah engine tak boleh start adalah 2 masalah yang berbeza. jika engine tak dapat dihidupkan, periksa bateri dahulu, jika power bateri masih melebihi 13 Volt, cuba periksa pada stater. (Ujian menggunakan Multimeter)

Ulasan
Catat Ulasan