Cara mudah untuk Tukar Automatic Transmission Filter Myvi 1.3
Ramai pemilik Myvi Automatic tak tau tentang adanya Filter kat Gearbox yang perlu ditukar. Bukan hanya sekadar tukar minyak Gear saja tetapi penapis pun perlu ditukar tetapi tak sekerap manukar minyak Gear. Filter ni cuma ada pada kereta yang Gearbox Automatic saja, bagi Myvi manual tidak ada. Filter / penapis ni pun ada peranan besar sendiri, tugas-tugas utama panapis ni adalah untuk menapis segala habuk-habuk kotoran atau habuk besi yang ada dalam Gearbox. Bila penapis ni tersumbat, ianya tak dapat membekal minyak yang cukup untuk kegunaan Gearbox dan kompenen lain dalam Gearbox Auto.
Ini adalah cara-cara mudah untuk menukar Filter Gearbox (Auto Transmission Filter) sendiri di rumah.
Buang dan keringkan semua minyak Gear yang ada dalam Sistem Gearbox. Buka screw yang ada pada takung minyak Gear. (Transmission oil sump)
Rupa paras kat Filter Gearbox. Cabut dan tanggalkan Filter tersebut. (Tanpa sebarang Screw)
Ada 3 lock kat Filter tu untuk menanggalkan filter tersebut.
Bersihkan habuk-habuk yang ada kat kawasan filter tersebut. Bersihkan dengan tisu atau kain bersih.
Bersihkan sehingga tiada kesan habuk dan kotoran.
Tanggalkan Magnet yang ada dalam Oil Sump dan Cuci dan bersihkan Oil Sump sehingga bersih.
Bentuk Magnet perangkap habuk besi yang dalam Oil Sump.
Sediakan Kit Myvi Transmission Filter and Maintenance.
3 Liter ATF (Perodua)
1 Gasket
1 Transmission Filter
Tukar filter lama kepada filter yang baru. Proses yang sama semasa kita nak buka filter yang lama tadi. Pastikan ia betul-betul kemas dan tak mudah tertanggal.
Setelah selesai tukar Filter tadi, pasang balik Oil Sump dan Gasket tadi. Ikat semua screw secara bersilang. Kemudian masukkan Minyak Gearbox. Masukkan minyak Gear melalui Indicator atau oil Guage pada Gearbox menggunakan corong. Setelah masukkan 2 botol (2liter) minyak Gear (ATF) Start enjin kereta dan masukkan gear perlahan-lahan dari P hingga L. Matikan semula enjin dan masukkan baki 800 ml secara perlahan-lahan sehinnga pada level H Oil Level Gauge. (Perodua sarankan hanya 2.8 liter untuk kegunaan enjin Myvi 1.3)
Start enjin dan biarkan ia hidup selama 5 minit dan periksa jika terdapat sebarang kebocoran (Leaking) pada Oil Sump. Jika semua dalam keadaan baik, jalankan kereta selama 10 minit dan periksa semula Dipstick.
gear keras xdapat masuk bila enjin hidup tapi bila enjin mati gear masuk..
BalasPadamClutch problem rasanya
PadamBoleh x campur atf perodua & ic fully
BalasPadamKereta viva automatik 1.0..
BalasPadamApa sebab dan cara mengatasi masalah tidak berjalan apabila masuk gear D,gear 2 dan gear 3..
Hanya masuk gear undur sahaja.
Terima kasih.
Sebab xselalu main gear..asyik buh D jalan..lme2 solenoid gear rosak..g Tukar kt SC..selalulh bawak Auto mcmne manual..
Padamsalam bos...myvi sy, gear kadang2 lambat masuk gear tggi dan rendah.. bila tekan 110-120kmh bunyi enjin kuat...
BalasPadamHi Bro,
BalasPadamBolehkah saya keluarkan atf pan tanpa gasket removal tool ?
Salam tumpang tnya, ada x sesiapa pernah alami kereta myvi auto xbly drop gear,. Teman tgh alami ni 😢 Lampu o/D berkelip2
BalasPadamLampu od sy x blh padam n drive mcm bwk low gear.bila check dvvt problem.tukar mangkuk dvvt.
Padammyvi 1.5 , jika tukar filter sekali ,. berapa liter ATF fluid nk kene standby ???
BalasPadam2800ml (lebih kurang 2 botol setengah)
PadamSalam mohon bertanya,jika tiba lampu AT myvi menyala dan rasa sentak bila masuk gear auto tuu apa puncanya ya?
BalasPadamtumpang Tanya berapa liter minyak gear di perlukan untuk myvi 1.5manual sekiranya saya mahu beli
BalasPadamMyvi 1.5 kalo pkai myk atf bkn dari perodua pnye myk boleh ke?? Contoh pkai atf petronas pnye atau shell ke toyot ke?? Boleh ke??
BalasPadamBrp mileage yg patut/wajib kene tukar filter gearbox?
BalasPadam