Cara Tukar ATF Filter Perodua Myvi.
Teknik mudah untuk menukar ATF Filter untuk Perodua Myvi.
Ada yang panggil ATF Filter, ada yang panggil Gearbox Filer dan ada juga yang panggil Transmission Filter. Semuanya adalah benda yang sama. Bagi saya yang sukakan DIY ni, yang penting kita tau macam mana nak tukar benda ni. sebenarnya tak la susah sangat nak tukar Filter ni. Mudah je, janji pasang tu kena betul dan jangan terlebih letak minyak Gear a.k.a ATF. Saya sarankan kita gunakan je minyak ATF dari keluaran Perodua, sebab kereta Myvi kita memang diuji menggunakan minyak tu juga. Lagi pun boleh jimatkan duit Poket. Klau tak, boleh rabak poket ni..
Jom intai macam mana proses nak tukar ATF Filter ni.
Cara mudah nak Tukar ATF Filter Perodua Myvi
1. Buang dan keringkan semua minyak Gear yang ada dalam Sistem Gearbox. Buka screw yang ada pada takung minyak Gear. (Transmission oil sump) |
2. Ini lah dia rupa paras kat Filter Gearbox. Cabut dan tanggalkan Filter tersebut. (Tanpa sebarang Screw)
Ada 3 lock kat Filter tu untuk menanggalkan filter tersebut.
|
3. Bersihkan habuk-habuk yang ada kat kawasan filter tersebut. Bersihkan dengan tisu atau kain bersih. |
4. Bersihkan sehingga tiada kesan habuk dan kotoran.
|
5. Tanggalkan Magnet yang ada dalam Oil Sump dan Cuci dan bersihkan Oil Sump sehingga bersih.
|
Bentuk Magnet perangkap habuk besi yang dalam Oil Sump.
|
6. Sediakan Kit ATF FIlter Myvi
3 Liter ATF (Perodua)
1 Gasket
1 Transmission Filter
|
7. Tukar filter lama kepada filter yang baru. Proses yang sama semasa kita nak buka filter yang lama tadi. Pastikan ia betul-betul kemas dan tak mudah tertanggal. |
9. Start enjin dan biarkan ia hidup selama 5 minit dan periksa jika terdapat sebarang kebocoran (Leaking) pada Oil Sump. Jika semua dalam keadaan baik, jalankan kereta selama 10 minit dan periksa semula Dipstick. |
Bro, tak payah letak gasket seale atas gasket ?
BalasPadamsalam bro, berapa semua kos beli barang tu
BalasPadamgasket kena tukar sekali juga ka?
BalasPadamTukar skali
Padammyvi 1.5 berapa liter bos
BalasPadamBos tnya ckit... Pd filter gearbox yg asl ada oil seal warna oren... Klau tukar baru filter tu tak ltak oil seal kcik oren tu... Ada effect ape2 tk
BalasPadam