Cara Tukar Thermostat Myvi
Ramai yang tahu tentang kewujudan Thermostat untuk enjin kereta Perodua Myvi. Sama seperti kereta lain, Thermostat memainkan peranannya yang tersendiri dalam menjaga tahap suhu yang sesuai untuk enjin kereta dan memanjangkan jangka hayat kenderaan itu sendiri. Namun, masih ada lagi yang ambil mudah tentang Thermostat ni.
Thermostat di cipta untuk mengurangkan masa memanaskan enjin dan sekaligus memberikan penjimatan petrol dalam setiap enjin kereta. Ada sesetengah pengguna yang mengeluarkan terus Thermostat ini dari enjin agar enjin sentiasa sejuk dan lambat panas. Ini tidak bagus untuk enjin Myvi. Kereta Myvi telah dicipta dan diuji dengan Thermostat jenis ini. jadi jika Thermostat ni di keluarkan terus dari enjin, ianya bakal mengundang pelbagai masalah enjin kereta Myvi.
Antara masalah yang akan timbul adalah, penggunaan petrol yang tinggi dan masa untuk memanaskan enjin menjadi lebih lama, dalaman enjin akan mudah berkarat dan yang paling penting tahap prestasi enjin akan menurun.
Thermostat Perodua Myvi |
Cara untuk menukar Thermostat ni sangat mudah, anda pun boleh buat sendiri dirumah.
Kedudukan Thermostat Perodua Myvi |
First, buka 2 screw yang ada pada Thermostat. 1 bolt dan 1 nut. Kedua-duanya boleh di buka menggunakan spanner size 10mm.
Selepas ditanggalkan secrew, cabut Thermostat tadi keluar. Air radiator akan mengalir keluar dari situ. Bilas radiator dengan air bersih untuk membuang semua Coolant lama.
Gantikan dengan Thermostat yang baru Lap dan bersihkan jika terdapat sebarang kotoran dan air. Selepas tukar dengan Thermostat yang baru, pasang semula semua screw dan masukkan Coolant dan air sampai penuh.
Cuba hidupkan enjin dan tambah air jika air pada radiator kurang. Tutup semula radiator cap dan cuba cari jika ada sebarang keborocan pada kawasan Thermostat tadi.
Kedudukan dan cara Pasang Thermostat Perodua Myvi |
Coolant yang diguankan untuk Kreta Perodua Myvi |
Ulasan
Catat Ulasan