Langkau ke kandungan utama

Cara Tukar ATF Filter Myvi

Cara Tukar ATF Filter Perodua Myvi.

Myvi ATF Filter

Teknik mudah untuk menukar ATF Filter untuk Perodua Myvi.
Ada yang panggil ATF Filter, ada yang panggil Gearbox Filer dan ada juga yang panggil Transmission Filter. Semuanya adalah benda yang sama. Bagi saya yang sukakan DIY ni, yang penting kita tau macam mana nak tukar benda ni. sebenarnya tak la susah sangat nak tukar Filter ni. Mudah je, janji pasang tu kena betul dan jangan terlebih letak minyak Gear a.k.a ATF. Saya sarankan kita gunakan je minyak ATF dari keluaran Perodua, sebab kereta Myvi kita memang diuji menggunakan minyak tu juga. Lagi pun boleh jimatkan duit Poket. Klau tak, boleh rabak poket ni..

Jom intai macam mana proses nak tukar ATF Filter ni.


Cara mudah nak Tukar ATF Filter Perodua Myvi 



Cara Tukar Filter Gearbox Myvi
1. Buang dan keringkan semua minyak Gear yang ada dalam Sistem Gearbox. Buka screw yang ada pada takung minyak Gear. (Transmission oil sump)


















Cara-tukar-transmission-filter-myvi-1.3
2. Ini lah dia rupa paras kat Filter Gearbox. Cabut dan tanggalkan Filter tersebut. (Tanpa sebarang Screw)
Ada 3 lock kat Filter tu untuk menanggalkan filter tersebut.



Tukar-gearbox-filtermyvi-1.3
3. Bersihkan habuk-habuk yang ada kat kawasan filter tersebut. Bersihkan dengan tisu atau kain bersih.


Myvi-gearbox-auto-maintenance
4. Bersihkan sehingga tiada kesan habuk dan kotoran.




Oil-sump-transmission-myvi-auto-1.3
5. Tanggalkan Magnet yang ada dalam Oil Sump dan Cuci dan bersihkan Oil Sump sehingga bersih.


Transmission-oil-sump-magnet
Bentuk Magnet perangkap habuk besi yang dalam Oil Sump.


6. Sediakan Kit ATF FIlter Myvi  
3 Liter ATF (Perodua)
1 Gasket
1 Transmission Filter


Filter-gearbox-myvi-1.3
7. Tukar filter lama kepada filter yang baru. Proses yang sama semasa kita nak buka filter yang lama tadi. Pastikan ia betul-betul kemas dan tak mudah tertanggal.




8. Setelah selesai tukar Filter tadi, pasang balik Oil Sump dan Gasket tadi. Ikat semua screw secara bersilang. Kemudian masukkan Minyak Gearbox. Masukkan minyak Gear melalui Indicator atau oil Guage pada Gearbox menggunakan corong. Setelah masukkan 2 botol (2liter) minyak Gear (ATF) Start enjin kereta dan masukkan gear perlahan-lahan dari P hingga L. Matikan semula enjin dan masukkan baki 800 ml secara perlahan-lahan sehinnga pada level H Oil Level Gauge. (Perodua sarankan hanya 2.8 liter untuk kegunaan enjin Myvi 1.3)

9. Start enjin dan biarkan ia hidup selama 5 minit dan periksa jika terdapat sebarang kebocoran (Leaking) pada Oil Sump. Jika semua dalam keadaan baik, jalankan kereta selama 10 minit dan periksa semula Dipstick.





Ulasan

  1. Bro, tak payah letak gasket seale atas gasket ?

    BalasPadam
  2. salam bro, berapa semua kos beli barang tu

    BalasPadam
  3. gasket kena tukar sekali juga ka?

    BalasPadam
  4. Bos tnya ckit... Pd filter gearbox yg asl ada oil seal warna oren... Klau tukar baru filter tu tak ltak oil seal kcik oren tu... Ada effect ape2 tk

    BalasPadam

Catat Ulasan