Langkau ke kandungan utama

Timing Kereta Myvi Tinggi

Masalah timing kereta Myvi tiba-tiba tinggi

Mungkin ada antara anda yang pernah mengalami masalah RPM ataupun timing kereta myvi tiba-tiba tinggi sampai 2500 rpm. Bahaya tu..

Itu tandanya Throttle Body kereta anda perlu di service.
Masalah tu sebenarnya boleh diperbaiki dengan service atau cuci Throttle Body.

Masalah-timing-kereta-Myvi-tiba-tiba-tinggi

Caranya mudah, tanggalkan Throttle Body dan buka Sensor yang ada pada Throttle Body.
Kemudian cuci Throttle Body dengan sabun, petrol atau chemical, cuci sampai tiada lagi kesan minyak atau carbon yang melekat dan bilas dengan air dan keringkan.
Kemudian cuci sensor dengan WD40. Sebelum nak cuci pastikan bahagian belakang sensor tu dan di ikat dengan plastik atau tutup bahagian terminal wayer tu supaya tidak dimasuki air. Cuci sampai bersih berkilat.

Myvi-Throttle-Body-sensor


Bila dah berkilat pasang balik pada tempat asal. Pastikan semua screw diikat kemas. Test engine untuk 5-10 minit, jika timing kembali seperti biasa ini bermakna engine anda dah kembali normal. Jika timing anda masih lagi tinggi selepas 5-10 minit, anda terpaksa menukar sensor yang baru.
Pastikan juga tiada hos vacuum yang longgar atau bocor.

Jika timing anda anda berada dalam posisi 900RPM, ini bermakna timing kereta anda adalah normal. Jika kurang anda boleh adjust semula pada cable Throttle Body.

Semoga bermanafaat.

Sila share posting ini semoga dapat membantu lebih ramai lagi pengguna myvi yang lain.


Ulasan

  1. Nk tanya Myvi lama saya.. throttle body sudah cuci n senser throttle body sudah tukar baru.. tapi RPM masih goyang turun naik.. klu pasang lampu lagi tinggi rpm saya.. apa ya masalahnya??

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sama masalah saya. Dah tukar timing chain, ocv sensor, stepper motor. Still sama. Kejap ok kejap x. Kdg2 bila start OD blinking pastu hilang. Buntu dah

      Padam
    2. Oxygen sensor rosak pun boleh jadi punca rpm naik turun sbb kereta x dpt baca info dgn tepat..

      Padam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Belting Perodua Myvi

Salam.. Hari ni saya nak kongsikan tentang Belting Perodua Mydi 1.3 Ramai yang guna kereta Perodua Myvi rasa Syukur sangat-sangat sebab tak perlu nak tukar Timing Belt, sebab Myvi guna Timing Chain tapi Myvi ada satu belting untuk menggerakan enjin Myvi tu sendiri.. Belting Myvi ni Special sikit, belting dia panjang. Satu belting untuk semua. Itu la belting Alternator, Water Pump, A/C Compressor, Power Steering & Crankshaft Pulley. Tau tak bila perlu tukar Belting ni?  Sebab dulu saya pernah tanya dengan sorang Pomen ni dia kata tukar bila rosak. Tapi rasanya mcam ye la jugak kot kalau rosak je baru tukar tak rosak nak tukar buat apa. Dulu saya ada pengalaman belting putus tengah jalan. Masa tu nak balik dari JB ke KL. tetiba belting putus, apa lagi adik la jadi magsa towing cari kedai yang boleh tukar belting tu. Tau tak berapa Kos tukar belting Myvi tu? RM200. Pergh.. terbang RM200 masa tu. tapi biasa la, kalau tak ada Ilmu memang mudah kena kencing macam tu. Ok pad...

14 Masalah Kereta Myvi Yang Pernah Terjadi

14 Masalah yang sering berlaku pada kereta Perodua Myvi dan Punca masalah Bagi pemilik pemilik kereta Myvi, mungkin kita pernah menghadapi masalah masalah seperti ini.. Masalah: Brake Berbunyi seperti besi bergesel Bunyi ketuk ketika membrek (Brake) Bunyi ketuk-ketuk pada bahagian Engine ketika mula hendak bergerak Bunyi seperti bunyi ketuk ketika membelok Brake keras dan susah untuk berhenti Engine bergegar ketika start dan matikan enjin Lambat masuk Gear D Lampu OD panel menyala Minyak menitik dari bahagian Engine Bonet belakang tak boleh dibuka Bunyi nyaring pada bagaian Engine Lampu Bateri menyala  Masalah Engin tak dapat dihidupkan Masalah Engine tak boleh Start Masalah masalah seperti ini tidak hanya berlaku pada kereta Myvi tapi berlaku kepada kebanyakan kenderaan. Masalah ni akan tibul bila kita tidak buat servis pada masa yang telah ditetapkan dan sering bertangguh. setiap benda boleh rosak tetapi dengan servis yang baik dan berkala, ianya da...